Agong terima hadap KPN

Agong terima hadap KPN

Pertemuan itu bagi menyembah maklum isu semasa polis serta aspek keselamatan negara.

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku hari ini. (Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)
KUALA LUMPUR:
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara (KPN), Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.

Menurut perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu bagi menyembah maklum isu semasa polis serta aspek keselamatan negara.

Khalid diiringi Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar.

Pertemuan ini pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.