Tindakan akan diambil terhadap ahli politik tak bertanggungjawab, kata menteri

Tindakan akan diambil terhadap ahli politik tak bertanggungjawab, kata menteri

Menteri Chang Lih Kang kata anggota Jemaah Menteri 'amat bimbang' perkara ini boleh jejas keterujaan rakyat menyambut Hari Kebangsaan.

Chang Lih Kang
Menteri Chang Lih Kang kata Jemaah Menteri bincang isu Jalur Gemilang baru-baru ini secara khusus.
PETALING JAYA:
Jemaah Menteri memutuskan tindakan tegas akan diambil terhadap ‘ahli politik tidak bertanggungjawab’ yang menghasut sentimen, berkait isu Jalur Gemilang baru-baru ini, menurut seorang menteri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata Jemaah Menteri bincang isu itu secara khusus dalam mesyuarat semalam, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta anggota lain ‘amat bimbang’ perkara ini boleh menjejaskan keterujaan rakyat menyambut Hari Kebangsaan.

Mengulas tentang siasatan polis ke atas isu tersebut, beliau berkata: “Kita akan tunggu dan lihat jika ada individu akhirnya akan didakwa di mahkamah,” lapor Malaysiakini yang memetik ucapan beliau di satu majlis di Klang hari ini.

Laporan sama menulis Chang membidas ahli politik yang mencetuskan sentimen semasa bulan Hari Kebangsaan. “Ia bukan sahaja tidak bertanggungjawab, ia adalah satu tindakan buli. Semua orang tahu siapa yang saya maksudkan.”

Chang mengingatkan bahawa negara dan masyarakat tertakluk pada undang-undang maka masalah harus diadukan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan.

“Anda bukan agensi penguatkuasaan. Anda tidak boleh sesuka hati membawa sekumpulan orang ke kedai seseorang, mengganggu perniagaan mereka dan membuli mereka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.