Anak Rafizi diserang di parkir pusat beli-belah, menurut laporan

Anak Rafizi diserang di parkir pusat beli-belah, menurut laporan

Anak lelaki bekas menteri ekonomi kini berada bawah pemerhatian hospital.

rafizi ramli
Anak Rafizi Ramli dilaporkan diserang di parkir kereta pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira 1.30 tengah hari tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Anak kepada bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, dilaporkan diserang dan kini bawah pemantauan hospital.

Menurut Malaysiakini, Rafizi berkata anaknya sedang ‘menjalani pemeriksaan dan akan terus berada di bawah pemerhatian’.

Walaupun butiran kejadian belum jelas, laporan itu menyatakan serangan berlaku di kawasan parkir kereta sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Ketua Polis Sepang, Norhizam Bahaman, yang berada di hospital tempat anak Rafizi dirawat, turut dipetik berkata serangan berlaku kira-kira 1.30 tengah hari.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dalam hantaran di Facebook berharap kejadian tiada kaitan dengan politik.

“Semoga Rafizi dipermudahkan urusan untuk menghadapi isu itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.