
Adun Gombak Setia itu berkata rakaman percakapan itu bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Saya akan memberi kerjasama sebaiknya untuk melengkapkan siasatan ini kerana bagi kami tiada kesalahan dilakukan oleh mana-mana pimpinan semasa himpunan solidariti tolak Akta Hasutan,” katanya kepada media di hadapan pintu masuk Bukit Aman.
Beliau hadir bersama peguamnya Mahajoth Singh masuk memberi keterangan pada 10.50 pagi.
Terdahulu seramai 70 orang berhimpun menyatakan solidariti terhadap Hilman sambil melaungkan ‘Hidup Hilman’, ‘Turun Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’.
Sebelum ini, media melaporkan Hilman disiasat di bawah dua undang-undang itu susulan protes diadakannya di hadapan IPD Dang Wangi untuk.
Protes itu bagi membantah penahanan dua pemimpin akar umbi parti itu sebelum ini yang didakwa diarahkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Sebelum ini dua pemimpin akar umbi Bersatu termasuk Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shahrin, ditahan polis selepas himpunan pembangkang, 26 Julai lalu.