
Pasukan itu dihantar sebagai sebahagian komitmen polis untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh, menurut Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam kenyataan.
“Polis memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa,” menurut kenyataan itu.
“Sehubungan itu, (pihak) polis menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.”
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai lepas, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Sabtu lepas, jenazahnya digali semula berikutan arahan Jabatan Peguam Negara yang berpendapat siasatan lanjut yang lebih menyeluruh perlu dijalankan.
Bedah siasat selesai dilaksanakan di HQE I semalam dan jenazahnya sudah dikebumikan semula.