
Beliau turut menyeru semua pihak termasuk ahli politik, untuk mengelakkan membuat kenyataan atau tindakan provokatif yang boleh memburukkan keadaan.
Aaron berkata orang ramai juga tidak perlu berasa takut atau teragak-agak untuk memasang bendera hanya kerana insiden itu.
“Saya menggalakkan rakyat Malaysia terus menyokong kempen Kementerian Komunikasi ‘Satu Rumah, Satu Jalur Gemilang’sempena sambutan bulan kebangsaan sebagai tanda cinta dan patriotisme kepada negara,” katanya.
Dalam rakaman tular baru-baru ini, seorang lelaki dilihat menaikkan jalur gemilang secara terbalik, yang dirakam oleh lelaki lain.
Lelaki itu, pemilik kedai perkakasan, berkata dia membetulkan kesilapan terbabit serta-merta selepas menyedarinya, tetapi kemudiannya ditahan.
Ia adalah insiden keenam berkaitan Jalur Gemilang dilaporkan berlaku sejak Januari.