
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Annuar Rapaee, berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri membabitkan 64 kursus ditawarkan.
“Walaupun Premier Sarawak Abang Johari Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak.”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, yang disempurnakan Menterinya, Fatimah Abdullah.
Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.