
Menteri Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu penting ke arah pengharaman produk itu di negara ini.
“Kita bertekad untuk ini (pengharaman vape), bukan lagi ‘kalau’. Saya akan bentang kepada Kabinet untuk perkara itu diteliti,” katanya menurut Bernama selepas majlis perasmian Karnival Sihat Milik Semua di Dewan 2020, di Kangar.
Dzulkefly juga berkata, langkah kerajaan mewarta dan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) menunjukkan impak positif apabila berlaku penurunan kebolehdapatan produk itu di pasaran.
Beliau berkata, sehingga Jun lalu terdapat 2,794 varian produk merokok termasuk vape direkodkan di pasaran, berbanding sebelum Akta 852 dikuatkuasakan iaitu sebanyak 6,824 varian.
“Jadinya 40.9% sahaja yang tinggal…kalau kita tegas, penguatkuasaan lebih keras, saya yakin kita benar-benar dapat mengawal selia (penjualan rokok dan vape).
“Paling penting ialah OBD (orang bukan dewasa), pelajar-pelajar, anak kita tidak terdedah kepada vape,” katanya.