
Timbalan Ketua Polis Sepang G K Shan Gopal berkata, bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu kira-kira 5.03 petang.
Katanya, kejadian berlaku di rumah dan bapa mangsa dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, leher dan kepala sebelum dihantar jiran ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Keadaannya kini stabil dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan lapor Sinar Harian.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung kes itu,” katanya.