
Katanya, program-program yang dibuat oleh pentadbiran Anwar Ibrahim menunjukkan kerajaan sekarang tidak meminggirkan mana-mana kaum.
“Sebelum ini kita ada banyak menteri…Tak silap ada satu hingga empat menteri berbangsa India tapi apa keberkesanannya?
“Yang penting kita tidak dipinggirkan oleh kerajaan,” katanya lapor Berita Harian.
Sebelum ini, Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata partinya tidak menerima sebarang lantikan menteri atau timbalan menteri, dan mendakwa seolah-olah dipinggirkan, menurut laporan sama.
Di sebalik keluhan MIC ini, Ramanan menjelaskan bahawa semua program kerajaan itu “bukannya kita buat sendiri dan luluskan sesuka hati”.
“Timbalan menteri, menteri pun kena bawa kepada perdana menteri untuk dapat kelulusan, dan beliau luluskan,” katanya.
Bulan lalu, Saravanan dilaporkan berkata parti itu akan membuat keputusan mengenai hala tuju masa depannya selepas mesyuarat agung tahunan pada Oktober.