
Tuduhan dibacakan terhadap Siti Subrina Imran di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim namun tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Wanita berusia 37 tahun itu didakwa membunuh bayi perempuan itu di sebuah unit kondominium di Jalan Sri Permaisuri, Cheras, pada 7 pagi, 30 Julai lepas, lapor Bernama.
Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.
Dilaporkan sebelum ini bahawa seorang bayi perempuan maut selepas ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri, dengan badannya penuh lebam, di kondominium itu.