
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin pada sidang media di Parlimen mencadangkan perbadanan yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memanfaatkan sumber REE yang besar, seperti di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Beliau percaya langkah ini akan memberi keuntungan kepada negara, membawa pelaburan, dan membantu negeri-negeri berkenaan membangun.
Mengambil ilham daripada peranan Petronas, Hamzah mengemukakan: “satu badan yang besar yang dipunyai oleh kerajaan pusat yang bekerjasama dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber REE.”
“Jika ini boleh kami lakukan, kami boleh keluarkan bahan-bahan ini dengan secepat mungkin kerana ini boleh memberi keuntungan,” tambahnya, menyerahkan butiran perkara ini kepada kerajaan untuk melakukannya.
Elemen nadir bumi adalah kritikal untuk digunakan dalam produk berteknologi tinggi seperti telefon pintar, menjadikan ia sumber strategil yang menarik minat pelabur antarabangsa lantaran permintaan yang tinggi.
China menyumbang kira-kira 80% daripada bekalan nadir bumi dunia.
Perlombongan dan pemprosesan elemen nadir bumi menjadi kontroversi di Malaysia sejak syarikat Australia, Lynas, membina loji pemprosesan REE di Gebeng, Pahang, untuk dieksport ke Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.