
Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata kata sepakat itu dicapai menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang semakin baik.
“Sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti, dengan peruntukan kewangan sebanyak RM7.3 juta setahun.
“Ia bakal memberi manfaat kepada kira-kira 38,000 pengguna di negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan.
Wan Rosdy berkata, pihaknya berharap langkah yang diambil akan memastikan golongan sasar tidak terkesan serta dapat menikmati manfaat inisiatif tersebut.
“Kerajaan negeri pada masa yang sama berharap semua pengguna di Pahang dapat mengambil langkah penjimatan penggunaan air dan berusaha mengelakkan pembaziran,” katanya.
Program RAM diperkenalkan kerajaan Pahang pada Januari tahun lalu bagi membantu golongan sasar iaitu B40 meminimumkan kesan pelarasan tarif air, dengan implikasi kewangan sebanyak RM4.6 juta setahun.