
Ruhaizzat Rusol, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ying.
Mengikut kertas pertuduhan, Ruhaizzat didakwa mencuri lima kotak cip Xilinx Virtex UltraScale milik Jabil Circuit Sdn Bhd sekitar jam 3.30 petang pada 26 April.
Cip itu komponen komputer berprestasi tinggi digunakan dalam sistem kritikal seperti pusat data, rangkaian telekomunikasi dan teknologi pertahanan.
Kecurian itu didakwa berlaku di sebuah stor berkunci dan berpagar di fasiliti syarikat tersebut di Plant 2, Bayan Lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan R Lushani manakala tertuduh diwakili Edmund Hermon dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Chia menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan 25 Sept untuk penyerahan dokumen serta pelantikan peguam.