Menteri bidas surat berunsur penipuan, penyamaran

Menteri bidas surat berunsur penipuan, penyamaran

Alexander Nanta Linggi kata suatu surat berkaitan 'bayaran gratuiti' kepada seorang individu adalah palsu.

Alexander Nanta Linggi
Menteri Alexander Nanta Linggi kata KKR tidak pernah keluarkan suatu surat berkaitan ‘bayaran gratuiti’ yang tersebar. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Menteri kerja raya membidas suatu surat tersebar yang menurutnya mempunyai unsur penipuan dan penyamaran.

Alexander Nanta Linggi menepis surat berkaitan ‘bayaran gratuiti’ kepada seorang individu itu, kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya dan ditandatangani atas nama beliau, sebagai palsu.

“Saya menegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak KKR mahupun pihak saya sebagai menteri di kementerian ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang undangan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian.

“Kementerian mengambil maklum perkara ini dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menteri turut menasihatkan orang ramai agar menghubungi KKR di talian rasmi atau laman web sekiranya terdapat keraguan mengenai ketulenan dokumen atau komunikasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.