
Pada program berkenaan, Raja Muda Perlis turut berkenaan mengurniakan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada tiga anak asnaf dan kotak makanan kepada tiga keluarga asnaf.
Baginda juga menyampaikan sumbangan kepada 60 pelajar Maahad Tahfiz Al-Hikmah merangkumi wang tunai dan sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.
PTPTN dalam kenyataan, berkata sebagai usaha menyokong akses pendidikan tinggi, turut diadakan penyampaian sumbangan Bantuan Lestari Siswa Madani dengan jumlah keseluruhan bernilai RM17,500.
“Sumbangan ini telah diberikan kepada 35 pelajar kurang berkampuan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).
“Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 secara ‘one off’ yang akan disalurkan ke akaun bank pelajar,” katanya menurut kenyataan itu.
Katanya, penabungan melalui Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada rakyat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, geran sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.
PTPTN berkata, pada program sama, pemenang Perlawanan Persahabatan Woodball Piala PTPTN 2025 yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar UiTM Cawangan Perlis turut diraikan sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.
“PTPTN komited dalam membina hubungan strategik dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan program CSR dan menyebarluas manfaat Simpan SSPN yang memberi manfaat kepada komuniti.”