2 warga asing maut tunggang basikal lawan arus

2 warga asing maut tunggang basikal lawan arus

Polis berkata seorang lagi parah dalam nahas di Parit Salam, Parit Yusof malam tadi.

Basikal ditunggang warga asing yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan Parit Salam, Parit Yusof malam tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua warga asing maut, manakala seorang lagi parah selepas tiga penunggang basikal itu dirempuh sebuah kenderaan di Parit Salam, Parit Yusof, Muar, malam tadi.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihak menerima maklumat nahas membabitkan tiga penunggang basikal itu pada 8.45 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiga lelaki berusia 21 tahun itu menunggang basikal melawan arus dari Parit Yusof menghala Bukit Mor.

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kenderaan merempuh ketiga-tiga mangsa menyebabkan semunya tercampak ke bahu jalan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, dua daripadanya meninggal dunia akibat parah di badan, manakala seorang lagi yang patah pergelangan tangan dan bahu kanan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Katanya, polis sedang mengesan kenderaan terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Khairun Izham Noor Yusry 013-9121508 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.