Penganggur mengaku tak salah rogol bekas kakak ipar

Penganggur mengaku tak salah rogol bekas kakak ipar

Tertuduh berusia 31 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Januari 2023.

Mahkamah KL
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya, dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR:
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol bekas kakak iparnya di rumahnya dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol wanita terbabit, yang ketika itu berusia 31 tahun, di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil kira-kira 3.30 pagi pada 22 Jan 2023.

Tertuduh dilaporkan hilang selepas mangsa membuat laporan polis.

Dia baru-baru ini ditangkap dan didakwa di mahkamah majistret atas kesalahan berkaitan dadah.

Ketika siasatan, polis mendapati dia dikehendaki atas kes rogol.

Hakim Siti Shakirah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 26 Ogos untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zul Hilmi Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.