
Pengumuman itu dibuat PKR selepas mesyuarat biro politik PKR dipengerusikan Presiden Anwar Ibrahim hari ini.
Pada pemilihan PKR lalu, Sim tewas dalam cubaan menduduki satu daripada empat kerusi naib presiden manakala Akmal menang jawatan majlis pimpinan pusat (MPP) walaupun gagal pertahan ketua PKR Johor Bahru.
PKR turut mengumumkan barisan pimpinan negeri yang antaranya menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa menggantikan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai ketua PKR Johor.
Perubahan itu juga menyaksikan dua setiausaha politik Anwar mengetuai pimpinan PKR negeri iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin (Melaka) dan Ahmad Farhan Fauzi (Pahang).
Seorang lagi pegawainya Azman Abidin kekal mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution dilantik mengetuai PKR Kedah manakala Naib Presiden Amirudin Shari serta Aminuddin Harun masing-masing kekal mengepalai PKR Selangor serta Negeri Sembilan.