Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia selepas gempa di Rusia

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia selepas gempa di Rusia

Jabatan Meteorologi berkata gempa itu berlaku pada jarak 107km tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy pada kedalaman 42km.

Kamchatka tsunami
Gempa bermagnitud 8.7 yang melanda Semenanjung Kamchatka di Rusia mencetuskan tsunami setinggi 4m sehingga menyebabkan pemindahan penduduk dan kerosakan bangunan. (Gambar X/@TheBelaaz)
PETALING JAYA:
Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa kuat melanda luar pantai timur Kamchatka di Rusia, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan dipetik Bernama memaklumkan gempa pada 7.24 pagi tadi waktu Malaysia berlaku pada jarak 107km tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42km.

Gempa bermagnitud 8.7 yang melanda Semenanjung Kamchatka di wilayah timur jauh Rusia mencetuskan tsunami setinggi 4m sehingga menyebabkan pemindahan penduduk dan kerosakan bangunan.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, As, Filipina dan Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.