7 didakwa culik ahli perniagaan warga Bangladesh

7 didakwa culik ahli perniagaan warga Bangladesh

Semua suspek warga asing itu didakwa menculik mangsa di sebuah masjid di Sentul bagi menuntut wang tebusan.

kl high court
Dua suspek warga Bangladesh dan lima warga Myanmar itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh, bulan lepas.
KUALA LUMPUR:
Tujuh lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh berusia 47 tahun bagi menuntut wang tebusan, bulan lepas.

Dua lelaki warga Bangladesh, Sohel Rana, 40, dan Sahajahan, 37, serta lima warga Myanmar iaitu Abdul Majid Abdul Malik, 25, Soforodin Fozol Korim, 25, Mokhtar Huson Zaher Huson, 26, Mohammad Ismail Azita Rahman, 23, dan Mohammad Arafat Hussein Jamal Mustafa, 24.

Semua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah masjid di Sentul pada 11.30 malam 26 Jun lepas mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Noorelynna Hanim menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya Iman Nurhidayah Ezani manakala peguam K Komagan mewakili Sohel Rana dan enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.