Perumahan mampu milik lengkap ruang niaga selesa

Perumahan mampu milik lengkap ruang niaga selesa

Pemaju Residensi Wilayah Aman kerjasama dengan DBKL rancang sedia ruang perniagaan yang juga boleh diakses orang awam.

Residensi Wilayah Aman Lumayan
18 ruang niaga kondusif disediakan kepada peniaga di Residensi Wilayah Aman Lumayan.
PETALING JAYA:
Meneruskan hasrat kerajaan supaya akses perniagaan mesra peniaga disediakan dalam setiap projek perumahan, pemaju Residensi Wilayah Aman Lumayan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras akan menyediakan ruang terbabit.

Danau Lumayan Sdn Bhd yang membangunkan projek terbabit merancang menyediakan ruang perniagaan kondusif menerusi projek itu yang akan diuruskan badan pengurusan bersama (JMB) atau badan pengurusan (MC).

Pengarah Urusannya Shahril Reza Shaheen berkata perancangan dibuat dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Wilayah Persekutuan yang mengenal pasti konsep gerai Madani.

“Kita sediakan sekitar 18 unit yang boleh diakses oleh penduduk serta orang awam.

“Ini salah satu inisiatif terbaharu yang diperkenalkan pihak kerajaan untuk perumahan mampu milik,” katanya dalam kenyataan.

Projek Residensi Wilayah Aman Lumayan itu membabitkan 3,438 unit kediaman berharga RM300,000 meliputi tiga fasa yang akan siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Menurut Shahril Reza, tempahan dan pendaftaran pembelian akan dibuka selepas dilancarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 6 Ogos depan.

Katanya, projek itu berdekatan dengan cadangan jajaran Laluan Lingkaran (MRT3) Stesen Sri Permaisuri iaitu kurang dari 500 meter.

“Jadi pembeli unit kediaman ini boleh menggunakan kemudahan awam yang ada berhampiran kawasan sekitar

“Kemudahan lain berhampiran termasuk Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Stadium Cheras, balai polis dan serta tempat riadah seperti Taman Tasik Permaisuri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan perumahan itu akan mempunyai kawalan keselamatan 24 jam, kolam mandi ala taman tema dan kolam renang serta surau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.