
“Biarkan proses undang-undang di Indonesia berjalan,” katanya seperti dipetik Tempo.
Namun, beliau tidak memberikan jawapan secara jelas berhubung kehadiran Riza di Malaysia.
Anwar dalam pertemuan dengan beberapa ketua pengarang di Jakarta hari ini mengakui beliau pernah bertemu Riza, yang dipercayai berada di Malaysia.
Pada 16 Julai, Pemangku Ketua Pengarah Imigresen Indonesia, Yuldi Yusman, berkata rekod menunjukkan Riza berada di Malaysia sejak 6 Feb selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
Pihak berkuasa Indonesia kini bekerjasama dengan Imigresen Malaysia untuk mengesahkan lokasi sebenar Riza.
Awal bulan ini, The Jakarta Post melaporkan Riza telah dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah dikaitkan dengan import bahan api di beberapa anak syarikat Pertamina, syarikat minyak dan gas milik negara, yang mencatatkan kerugian berjumlah trillion rupiah.
Penyiasat Indonesia berkata mereka mempunyai bukti mencukupi untuk menamakan Riza sebagai suspek dalam siasatan tersebut, yang telah menyaksikan tujuh orang ditahan termasuk anak lelaki Riza, Kerry Adrianto.