Tian Chua tak sertai perhimpunan pembangkang

Tian Chua tak sertai perhimpunan pembangkang

Bekas naib presiden PKR itu mengakui ada menerima jemputan daripada penganjur.

Spokesperson Tian Chua gaza trump protest
Tian Chua berkata beliau telah memaklumkan kepada penganjur berhubung ketidakhadirannya.
PETALING JAYA:
Bekas naib presiden PKR, Tian Chua berkata beliau tidak akan menghadiri perhimpunan pembangkang dan berucap di Dataran Merdeka sekitar jam 3.15 petang ini berdasarkan jadual dihantar penganjur.

“Saya tidak akan hadir ke perhimpunan walaupun penganjur ada menghantar jemputan.

“Tetapi saya telah maklumkan kepada mereka bahawa saya tidak dapat hadir kerana saya tidak akan berada di sini.

“Mungkin, pada waktu itu mereka sudah pun mencetak atur cara,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan media yang melaporkan beliau antara 18 penceramah pada perhimpunan utama, 3 petang ini.

Selain beliau, pemimpin yang dilaporkan berucap termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.

Tian Chua, seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Beiau dipecat daripada PKR pada 2023 kerana bertanding kerusi Parlimen Batu sebagai calon bebas pada PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.