
Berucap pada perhimpunan pembangkang di Dataran Merdeka, Mahathir mengimbau semula saat dirinya meletak jawatan lima tahun lalu dari jawatan disandangya buat kali kedua dan digantikan Muhyiddin Yassin.
Tindakan Mahathir meletak jawatan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) 1.0 ketika itu tumbang digantikan kerajaan campuran diketuai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
“Saya tak dapat sokongan parti dan letak jawatan.
“Kalau orang tak suka letak jawatanlah…Anwar turunlah,” kata Mahathir yang turut menyatakan beberapa pemimpin luar negara turut meletak jawatan selepas tidak lagi mendapat sokongan.
Mahathir turut mempersoalkan sama ada Anwar mempunyai sokongan rakyat jika melihat kepada jumlah kehadiran orang ramai pada himpunan itu.
“Kalau ambik undi sekarang berapa ramai sokong Anwar?
“Tiadalah (orang sokong),” kata Mahathir yang hilang deposit pada PRU15 apabila tewas kepada Mohd Suhaimi Abdullah dari PN di Parlimen Langkawi.