Budak 6 tahun hilang di kopitiam

Budak 6 tahun hilang di kopitiam

Kehilangan M Tishant dilaporkan oleh bapanya kira-kira 2.15 pagi tadi, menurut polis.

M Tishant, 6,
M Tishant, 6, dilaporkan hilang di sebuah kopitiam di JB awal pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang budak lelaki berusia 6 tahun dilaporkan hilang di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri M Kumarasan berkata, M Tishant dilaporkan hilang oleh bapanya berusia 36 tahun kira-kira 2.15 pagi tadi.

“Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 110cm dengan berat 19 kilogram, hidung mancung dan berkulit hitam manis,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat E Komaty di talian 010-3812804 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.