
AKPS dalam kenyataan berkata operasi khas yang menyasarkan penerbangan berisiko tinggi itu menyaksikan lebih 400 individu diperiksa secara rapi.
Katanya, mereka yang ditolak kemasukan terdiri daripada 80 lelaki warga Bangladesh, 10 dari India, dan 9 dari Pakistan.
“Penolakan dibuat kerana mereka gagal memenuhi syarat imigresen, termasuk mempunyai tujuan lawatan dan rekod perjalanan yang meragukan.
“Semua 99 individu tersebut telah diuruskan untuk proses dokumentasi lanjut dan dihantar pulang semula ke negara asal mengikut prosedur undang-undang sedia ada,” kata kenyataan itu.
Katanya, operasi intensif itu berlangsung dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang, diketuai oleh Unit Pemantau KLIA Terminal 1 dengan sokongan Unit Integriti.
Menurutnya, operasi itu melibatkan semakan latar belakang, dokumentasi perjalanan, dan temu bual secara individu.
“Langkah penguatkuasaan seperti ini akan terus dipertingkatkan secara berkala sebagai strategi proaktif bagi menangani ancaman seperti sindiket penyeludupan manusia (counter-setting) dan penyalahgunaan pas lawatan sosial,” katanya.