
Bekas perdana menteri meminta peserta perhimpunan menjaga adab dan tatasusila serta patuh kepada undang-undang sepanjang perhimpunan dijadual bermula 2 petang.
Beliau juga memaklumkan akan turun pada himpunan itu bersama rakan pimpinan PN lain.
“Menyertai perhimpunan aman adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalangnya. Justeru, jaga dan peliharalah hak ini dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam kenyataan.
Pembangkang menyasarkan 300,000 menyertai himpunan itu dengan empat lokasi berhimpun iaitu Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni.
Peserta dijangka berarak seawal 11 pagi dan diminta hadir memakai baju berwarna hitam.