Jalan kaki bawa ganja hampir 20kg lintas sempadan

Jalan kaki bawa ganja hampir 20kg lintas sempadan

Tiga lelaki warga India itu ditahan ketika masuk ke sempadan negara ICQS Bukit Kayu Hitam dengan membawa beg galas dan beg roda.

handcuff
Komander Briged Utara PGA Shahrum Hashim berkata, suspek dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika masuk ke sempadan Malaysia dengan berjalan kaki di ICQS Bukit Kayu Hitam.
PETALING JAYA:
Pihak berkuasa menahan tiga lelaki warga India kerana disyaki cuba menyeludup dadah jenis ganja seberat kira-kira 19.4kg ketika berjalan kaki untuk masuk ke sempadan negara di ICQS Bukit Kayu Hitam.

Komander Briged Utara PGA Shahrum Hashim berkata, suspek berusia antara 29 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Kompeni A, Batalion 2 PGA Kulim selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Tiga lelaki warga India itu berjalan kaki dari arah Thailand dan cuba memasuki Malaysia melalui pintu sempadan berhampiran Sekatan Jalan Raya KM 1.1 arah Selatan, ICQS Bukit Kayu Hitam dengan membawa beg galas dan beg roda.

“Hasil pemeriksaan menjumpai dadah jenis bunga ganja yang disembunyikan dalam dua beg roda dan dua beg galas yang dibawa oleh ketiga-tiga suspek tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, dadah dengan anggaran berat 19.4kg dan bernilai RM582,930 itu disembunyikan dalam beberapa plastik lutsinar dan bungkusan makanan ringan.

Shahrum berkata, hasil soal siasat mendapati suspek disyaki dijadikan kurier oleh sindiket dari negara jiran untuk membawa dadah berkenaan ke pengedar di Kuala Lumpur.

Menurutnya, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.