
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Rusdi Mohd Isa, mangsa dalam kes itu mendakwa telah menerima satu pesanan sebelum menekan pautan diberikan.
Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah dengan menghantar pesanan dan pautan secara rawak kepada nombor telefon mangsa.
“Aplikasi WhatsApp milik mangsa berisiko untuk diambil alih oleh sindiket penipuan apabila mangsa mengisi maklumat berkaitan OTP tersebut,” katanya ketika dihubungi, menurut Sinar Harian.
Katanya, jika mangsa menekan pautan diberikan dan mengisi maklumat mereka, aplikasi WhatsApp berkenaan mungkin akan diambil alih.
“Orang ramai dinasihatkan memadamkan pesanan atau pautan yang mencurigakan serta memeriksa kandungan pautan Pelokasi Sumber Seragam (URL) dengan teliti,” katanya.