
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu mendakwa surat daripada Ketua Audit Negara (KAN) Wan Suraya Wan Mohd Radzi diterima Mac lalu berkenaan yang menyatakan perkara terbabit.
“Ia menyatakan sewajarnya wakil JAN dikecualikan menghadiri Mesyuarat PAC yang dijalankan di bawah Peraturan 77(1)(d).
“Tindakan itu menimbulkan persoalan memandangkan amalan sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan bekas KAN,” katanya wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu pada perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata dalam konteks mesyuarat atau prosiding PAC, JAN tidak berperanan sebagai pihak disiasat.
Beliau berkata sebaliknya JAN hanya bertindak sebagai sumber maklumat teknikal dan penasihat profesional yang membantu PAC memahami laporan audit secara mendalam.
“Kehadiran JAN bukanlah satu bentuk konflik kepentingan, tetapi satu keperluan institusi dalam memastikan PAC berfungsi secara berkesan dan berwibawa.
“Malah, peranan JAN dalam PAC adalah jelas, iaitu untuk memberi pandangan profesional dan bebas,” katanya.