
PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala diesel RM2.91 seliter.
RON97 juga kekal pada RM3.21 seliter, menurut Kementerian Kewangan.
Kadar itu berkuat kuasa mulai esok hingga 30 Julai ini.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya dalam kenyataan.