Bawa lari lelaki, 3 suspek diburu

Bawa lari lelaki, 3 suspek diburu

Insiden gaduh di Puchong menyaksikan seorang lelaki dibawa masuk dalam sebuah lori.

wan azlan
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya sedang giat mengesan tiga suspek lelaki dan mangsa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan tiga suspek lelaki yang melarikan seorang lelaki tempatan dalam insiden pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Puchong.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.38 petang semalam, mengenai seorang lelaki dibawa masuk dalam sebuah lori oleh beberapa individu.

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek serta mangsa sedang giat dijalankan,” katanya menurut Bernama.

Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat G Dinesh di talian 011-33094457 atau Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di 03-78627222 / 03-78627100.

Terdahulu tular video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.