
Katanya, kadar baru itu dicapai pada Mesyuarat Kewangan Negara 2025 yang dipersetujui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kadar pemberian itu tidak disemak sejak 2002 dengan Kelantan menerima pemberian mengikut bilangan orang dari 2015 hingga 2025 berjumlah RM291.06 juta.
“Jumlah itu termasuk RM24.75 juta bagi 2015, RM24.75 juta pada 2016, RM25.06 juta (2017), RM25.37 juta (2018), RM25.69 juta (2019), RM26.03 juta (2020), RM26.38 juta (2021), RM26.75 juta (2022), RM27.14 juta (2023), RM27.54 juta (2024) dan RM28.9 juta pada 2025.
“Mulai tahun depan Insya-Allah kadar baru yang dipersetujui bagi 100,000 orang pertama daripada RM72 dinaikkan kepada RM102 seorang, manakala 500,000 orang berikutnya daripada RM10.20 kepada RM14 seorang; 500,000 berikutnya daripada RM10.80 kepada RM13.50 seorang, dan bilangan selebihnya dinaikkan daripada RM11.40 kepada RM13 seorang.
“Kadar pemberian ikut kepala adalah berdasar Perkara 1 Jadual ke-10 Perkara 109 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan kepada Kelantan sebelum ini yang dikuatkuasakan melalui undang-undang Malaysia Perlembagaan Persekutuan PU (A) 164/2009,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau menjawab soalan Wan Rohimi Wan Daud (PAS-Melor) yang bertanya kadar pemberian ikut kepala dan bila kali terakhir kadar itu disemak oleh kerajaan persekutuan pada sidang DUN Kelantan.