
Beliau berkata kerajaan tidak akan meluluskan projek perumahan yang gagal menyediakan kemudahan berkenaan.
“Kalau buat rumah tapi sekolah jauh, buat apa?” katanya ketika berucap pada pelancaran projek Rumah Bakat Madani SkyWorld Pearlmont.
Perdana menteri kata perancangan bersepadu mampu menjimatkan kos pengangkutan, meningkatkan keselamatan serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ke sekolah jauh dari kediaman.
Kerajaan turut mempertimbangkan pembinaan sekolah secara menegak (vertical school) di kawasan terhad tanah, namun tetap lengkap dengan kemudahan seperti padang dan makmal.
Anwar menegaskan pelaksanaan projek secara komprehensif oleh pemaju adalah lebih baik berbanding kaedah tender berasingan yang sering menimbulkan kelewatan.