CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan susulan dakwaan bayaran tak sah lebih RM5 juta

CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan susulan dakwaan bayaran tak sah lebih RM5 juta

TH Plantations berkata, peranan CEO akan dikendalikan oleh jawatankuasa sementara Lembaga Pengarah sehingga notis selanjutnya.

Susulan arahan untuk CEO cuti dan peletakan jawatan CFO, berkuat kuasa serta-merta, TH Plantations berkata, syarikatnya akan meneruskan perniagaan seperti biasa.

KUALA LUMPURL Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Plantations Bhd (THP) Mohamed Zainurin Mohamed Zain dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Marliyana Omar telah diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaan pembayaran tidak sah bernilai RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Mohamed Zainurin diarah bercuti berkuat kuasa dari tarikh surat tunjuk sebab sehingga tempoh selanjutnya yang dimaklumkan kemudian, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Marliyana, bagaimanapun telah menyerahkan surat peletakan jawatan yang berkuat kuasa serta-merta, katanya.

“Syarikat akan meneruskan perniagaan seperti biasa. Untuk sementara ini, peranan CEO akan dikendalikan oleh jawatankuasa sementara Lembaga Pengarah dikenali sebagai jawatankuasa eksekutif lembaga (exco lembaga) THP sehingga notis selanjutnya,” katanya.

Barisan exco itu merangkumi Pengerusi THP Ahmad Kushairi Din, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif THP Kasmuri Sukardi, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Nor Adila Ismail serta Ketua Pegawai Operasi Alikamal Abu Hassan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.