
Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, pengasuh itu ditahan pada 12.10 tengah hari di depan taska yang terletak di Padang Temu itu.
Wanita itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Permohanan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Melaka di Ayer Keroh,” kata Christopher, lapor Kosmo.
Terdahulu dilaporkan seorang bayi berusia enam bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah taska pada kira-kira 5 petang semalam. Bayi lelaki itu ditemukan dalam keadaan berbedung, tertiarap di atas tilam.
Dia kemudian dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir oleh pihak pengasuh, namun disahkan meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Melaka, dipercayai akibat lemas.