Wanita maut, 13 cedera pacuan 4 roda terjunam gaung

Wanita maut, 13 cedera pacuan 4 roda terjunam gaung

Toyota Hilux itu dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke gaung sedalam 15m.

Keadaan di Ladang Permai, Lahad Datu selepas sebuah Toyota Hilux terbabas dan terjunam ke gaung pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut, manakala 13 lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terjunam ke gaung sedalam 15m di Ladang Permai, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Mangsa maut dikenali Kalma, 33, yang juga penumpang Toyota Hilux dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke gaung.

Pacuan empat roda itu dinaiki tujuh lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata enam anggota digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.53 pagi tadi.

“Semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Pasukan bomba kemudian membantu mengangkat mangsa ke atas jalan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.