
Pengiktirafan berprestij itu sekali gus mengesahkan statusnya sebagai universiti swasta tidak berkaitan kerajaan nombor satu di Asia Tenggara.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Taylor’s terhadap kecemerlangan akademik, kebolehpasaran graduan, jaringan antarabangsa yang kukuh serta pengalaman pembelajaran relevan dan berpaksikan industri masa kini.
Melahirkan graduan bersedia untuk dunia sebenar dan masa depan
Di Taylor’s, pendidikan bertaraf dunia bermaksud menyediakan pelajar untuk memasuki alam pekerjaan dengan yakin dan mampu menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks.
“Kami berhasrat memperkasa pelajar, menyelaraskan penyelidikan dengan matlamat negara serta berkerjasama dengan organisasi yang membawa perubahan bermakna,” kata Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University Profesor Barry Winn.
Bukti kejayaan pendekatan ini terserlah melalui kadar kebolehpasaran graduan Taylor’s yang mencecah 99.5%, seperti direkodkan dalam Kajian Pengesanan Graduan 2024 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi — jauh mengatasi purata kebangsaan iaitu 92.5%.
Malah, Taylor’s turut tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia bagi reputasi majikan, justeru mengukuhkan lagi keyakinan industri terhadap kualiti graduan dihasilkan.
Pembelajaran imersif berteraskan industri terkini
Salah satu keistimewaan utama Taylor’s adalah pendekatan pembelajarannya yang holistik dan berpaksikan keperluan industri semasa.
Kurikulum di Taylor’s dibangunkan bersama profesional industri bagi memastikan pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang relevan, praktikal, dan terkini.
Sejak tahun pertama pengajian, pelajar didedahkan kepada projek dunia sebenar, latihan industri, dan peluang membina rangkaian profesional. Pendekatan kurikulim ini memberi mereka kelebihan signifikan apabila melangkah ke alam kerjaya.
Antara contoh terbaik ialah Taylor’s Culinary Institute (TCI) iaitu institusi kulinari terkemuka di Asia Tenggara.
TCI menggabungkan latihan praktikal dengan skil keusahawanan. Selain itu, institut ini juga memberi peluang eksklusif kepada pelajar untuk berinteraksi dan belajar secara langsung daripada cef bertaraf Michelin seperti Michel Bras, Rikard Hult, Marc Viala, Franck Putelat, dan Massimo Bottura menerusi program khas Michelin Star Series di The Datai Langkawi.

Pelajar TCI juga menjalani latihan industri di restoran bertaraf Michelin di Perancis, Sepanyol, Jepun dan Amerika Syarikat. Selain itu, mereka turut dilatih dalam aspek gastronomi lestari, trend global dan perniagaan kulinari yang melengkapkan mereka sebagai peneraju industri makanan masa kini.
Belajar daripada tokoh berpengaruh dunia
Bagi memperkaya pengalaman akademik pelajar, Taylor’s menjemput tokoh berpengaruh global sebagai profesor adjung dan ahli panel penasihat industri termasuk penerima Hadiah Nobel Keamanan merangkap Presiden Republik Demokratik Timor-Leste Dr José Ramos-Horta, yang kini berperanan sebagai profesor adjung kehormat bagi program Falsafah, Politik, dan Ekonomi (PPE) (Kepujian).

Tokoh ini bukan sahaja menyampaikan kuliah malah membimbing pelajar, memberi panduan dalam penyelidikan, dan menyumbang kepada pembangunan kurikulum bagi memastikan pengalaman pembelajaran di Taylor’s kekal relevan, berimpak dan berpandangan jauh.
Membentuk masa depan pendidikan tinggi bertaraf dunia
Bagi Taylor’s, pendidikan bertaraf dunia bukan sekadar diukur melalui kedudukannya di peringkat global, tetapi melalui keupayaan untuk memberi impak bermakna kepada pelajar dan komuniti.
Dengan menyokong aspirasi negara dan melahirkan graduan berwawasan global, Taylor’s terus membuktikan keupayaannya melangkaui jangkaan dalam menyediakan pendidikan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah kaya dengan nilai, pengalaman dunia sebenar dan jaringan antarabangsa.
Ketahui lebih lanjut mengenai Taylor’s University dan program ditawarkan di www.taylors.edu.my.