
Direktorat jenderal imigrasi Indonesia di Kementerian Hukum dan Hak Asasi, berkata memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan imigresen Malaysia bagi mengesahkan keberadaan Riza, menurut laporan mingguan Indonesia, Tempo.
Pemangku Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia, Yuldi Yusman, berkata sejak Riza meninggalkan republik itu, beliau ‘tidak pernah kembali ke wilayah Indonesia’.
“Keberadaannya disyaki berada di Malaysia ketika ini,” katanya dipetik sebagai berkata.
Sebelum ini, Yuldi dipetik Tempo sebagai berkata, rekod imigresen menunjukkan Riza telah berada di Malaysia sejak 6 Feb selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
Pada Sabtu lalu, The Jakarta Post melaporkan Riza dinamakan suspek dalam kes rasuah berkaitan urus niaga import bahan api melibatkan anak syarikat Pertamina, syarikat minyak dan gas milik kerajaan Indonesia, yang mencatatkan kerugian berbilion-bilion rupiah.
Penyiasat Indonesia berkata, mereka telah memperoleh bukti mencukupi menamakan ahli perniagaan itu sebagai suspek dalam siasatan, yang setakat ini menyaksikan tujuh individu ditahan, termasuk anak lelaki Riza, Kerry Adrianto.
Sebelum ini, Pengarah Siasatan di Pejabat Peguam Negara Indonesia, Abdul Qohar, dilaporkan berkata Riza yang masih tersenarai sebagai individu dikehendaki, mungkin berada di Singapura.
Namun, Yuldi mengesahkan pada petang ini Riza tidak berada di Singapura pada masa ini.