Saifuddin dedah kes bayi dirogol, video dijual

Saifuddin dedah kes bayi dirogol, video dijual

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kejadian itu sebagai 'gila'.

Saiffudin Nasution
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementerian di Putrajaya.
PUTRAJAYA:
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan satu kes bayi tiga bulan dirogol, malah kejadian itu turut direkodkan dan videonya dijual.

“Baru-baru ini saya diberi taklimat pada 12.30 tengah malam. Kalau dah taklimat 12 tengah malam maknanya ia isu besar, bukan isu kecil,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementeriannya.

“Seorang bayi tiga bulan dirogol, videonya dirakam dan kemudian dijual. Ini gila.”

Ketika ditemui wartawan selepas ucapan itu, Saifuddin enggan memberi maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut kerana kes itu boleh mencetuskan kegusaran awam.

“Jika disiarkan di muka depan, mungkin polemik jadi lain, walaupun ini mungkin hanya satu kes. Jadi saya tidak mahu beri maklumat lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.