Warga asing disyaki serang penuntut wanita direman 4 hari

Warga asing disyaki serang penuntut wanita direman 4 hari

Media semalam melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan sejurus kejadian seorang wanita dicederakan di sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

handcuff
Suspek berusia 21 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang warga asing yang disyaki mencederakan penuntut wanita dengan pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 21 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, lapor Astro Awani.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Media semalam melaporkan seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan sejurus kejadian seorang wanita dicederakan di sebuah universiti terbabit.

Polis berkata suspek merupakan bekas teman lelaki mangsa, yang berusia 20 tahun. Mereka adalah warganegara asing.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat dipetik sebagai berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan kelar di bahagian leher sebelah kiri.

Menurutnya, mangsa sedang menerima rawatan di Hospital PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.