
Hanya dengan menaikkan harga tiket mampu membantu KTM Komuter mencatat keuntungan, tetapi katanya ia bukan keutamaan ketika ini.
Menurutnya soal keuntungan tidak dititikberatkan kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ialah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai tanggungjawab sosialnya.
“Jadi, tentu sekali kita berharap mereka boleh menjadi mampan dari segi kewangan. Namun, itu bukan pertimbangan utama kita pada masa ini.
“Sudah tentu kita berharap mereka menjadi lebih cekap dari semasa ke semasa dan jurang pembiayaan dapat dikurangkan,” katanya selepas Majlis Memperkenalkan Bas Diesel Baharu di Kompleks Rapid Bus Batu Caves.
Loke bagaimanapun berkata, perkhidmatan kargo dan tren elektrik (ETS) mencatat keuntungan.
“Yang penting, kita mesti memastikan operasi KTMB bertambah baik, terutamanya perkhidmatan KTM Komuter, ETS dan juga bahagian kargo yang memang memberikan keuntungan.”
KTM Komuter merupakan sebahagian rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang yang memulakan perkhidmatan sejak Ogos 1995.