Muhyiddin gesa perbetul proses lantik hakim, siasat minit mesyuarat SPK bocor

Muhyiddin gesa perbetul proses lantik hakim, siasat minit mesyuarat SPK bocor

Muhyiddin Yassin berkata langkah itu bagi meyakinkan rakyat terhadap badan kehakiman.

ISTANA KEHAKIMAN - COURT OF APPEAL
Kerajaan tidak boleh dilihat sambil lewa dalam usahanya melindungi integriti badan kehakiman, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Ramkarpal Singh.
PETALING JAYA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menggesa proses pelantikan hakim diperbetulkan untuk meyakinkan rakyat terhadap badan kehakiman.

Susulan itu, bekas perdana menteri terbabit menggesa kerajaan menyiasat perkara berkaitan termasuk dakwaan terkandung dalam minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang bocor di media sosial.

Muhyiddin berkata ada beberapa dakwaan dalam minit mesyuarat bertarikh 16 Mei itu perlu disiasat antaranya berkait kebimbangan disuarakan mengenai integriti seorang calon bagi jawatan pentadbiran dalam badan kehakiman.

muhyiddin yassin
Muhyiddin Yassin.

“Dakwaan ini mestilah disiasat dan tindakan pembetulan hendaklah diambil dalam proses pelantikan hakim-hakim supaya rakyat terus yakin terhadap badan kehakiman sebagai penegak keadilan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Ketua Polis Negara Mohd Khalid Ismail mengesahkan pihakya telah menyiasat kebocoran dokumen itu di media sosial, dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Tumpuan siasatan ke arah pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman serta di media sosial,” kata Khalid.

Ramkarpal Singh.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera Ramkarpal Singh berkata siasatan juga perlu menjurus kepada kesahihan kandungan, selain bagaimana ia boleh dibocorkan.

Beliau yang juga pengerusi Biro Undang-Undang DAP menekankan kerajaan dalam keadaan ini tidak boleh dilihat sambil lewa dalam usahanya melindungi integriti badan kehakiman.

“Segala usaha mesti dilakukan bagi memastikan siasatan terhadap minit yang bocor itu dijalankan secara menyeluruh dan telus,” katanya.

Isu pelantikan kehakiman mula tercetus selepas persaraan Tengku Maimun Tuan Mat sebagai ketua hakim negara tamat pada 7 Julai lalu dan perkhidmatannya tidak disambung.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.