Pertandingan tetap terbuka walau Hadi pertahan jawatan, kata naib presiden PAS

Pertandingan tetap terbuka walau Hadi pertahan jawatan, kata naib presiden PAS

Jawatan utama PAS pernah dicabar Ahmad Awang pada 2015 yang kini bersama Amanah.

hadi awang
Hadi Awang memberi bayangan mempertahankan jawatan presiden PAS disandang sejak 2003.
PETALING JAYA:
Pertandingan jawatan presiden PAS tetap terbuka walaupun Hadi Awang memberikan bayangan mempertahankan kerusi disandang sejak 2003 menjelang muktamar di Kedah September ini.

Naib Presiden, Mohd Amar Abdullah, berkata jawatan utama PAS itu pernah dicabar Ahmad Awang pada 2015 yang kini bersama Amanah.

Mohd Amar Abdullah.

“Bila ada pertandingan, ia berdasarkan pencalonan, kalau ada pencalonan, cukup syarat sesiapa pun boleh bertanding.

“Dalam konteks Hadi, kita masih memerlukan dia dengan pengalaman, ilmu, peribadi…jadi parti masih memerlukan dia. Kalau dia berhasrat pertahankan jawatan, kita sambut baik,” katanya kepada FMT.

Hadi yang ditemui selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini menyuarakan hasrat mempertahankan jawatannya.

Ahli Parlimen Marang menegaskan, beliau lebih sihat susulan menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Jun lalu.

“Kalau boleh saya nak mati dalam tugas,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Bekas menteri besar Terengganu itu berdepan masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu, yang memerlukan rawatan dialisis dan beberapa kali dimasukkan ke hospital.

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat.

Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat, merakamkan penghargaan kepada Hadi yang sudi menerima pandangan dan harapan ahli di semua peringkat untuk terus memimpin parti.

“Yang pasti bukan orang Melayu beragama Islam tapi mereka juga yang bukan Islam dapat merasai kenikmatan kerajaan adil dan saksama kepada semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa, inilah harapan kita.

“Saya yakin selepas Hadi jalani pemeriksaan baru-baru ini, kesihatannya bertambah baik dan beliau mampu mengemudi PAS,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.