Peniaga rugi setengah juta diperdaya tawaran kerja sambilan

Peniaga rugi setengah juta diperdaya tawaran kerja sambilan

Mangsa pada mulanya menerima mesej pesanan daripada kenalan di Facebook pada Mei lalu.

scam
Mangsa diberi pautan dan diarahkan membeli pelbagai barangan melalui satu aplikasi ternama, kata Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor.
PETALING JAYA:
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta selepas terpedaya dengan kegiatan penipuan yang menawarkan kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku pada Mei lalu selepas mangsa berusia 38 tahun itu menerima mesej pesanan daripada kenalan Facebook yang menawarkan kerja sambilan dengan tawaran pendapatan lumayan.

Katanya, mangsa yang berminat diberi penjelasan lanjut mengenai kerja yang perlu dilakukannya iaitu membeli pelbagai barangan melalui satu aplikasi ternama melalui pautan disediakan.

“Selepas bersetuju, mangsa diberikan satu pautan untuk memuat naik aplikasi pembelian ternama itu seperti yang diarahkan.

“Mangsa kononnya menerima arahan daripada khidmat pelanggan untuk melaksanakan tugasan,” katanya, menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa pada mulanya mengikuti arahan tersebut dan menerima pulangan seperti dijanjikan.

“Namun, selepas itu dia tidak menerima keuntungan dan diarah menyelsaikan beberapa tugasan dulu sebelum dibayar.

“Dia yang curiga dan mengesyaki dirinya ditipu hingga kerugian RM500,639 terus membuat laporan polis petang semalam,” katanya.

Tambahnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.