Lelaki edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Lelaki edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Keputusan dibuat mahkamah terhadap Mohd Faiz Yusof, 41, selepas pihak pembelaan gagal mengetepikan anggapan mengedar dadah.

kompleks mahkamah kuala terengganu
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap Mohd Faiz Yusof, 41, kerana mengedar methamphetamine seberat 619.71 gram, enam tahun lalu.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini kerana didapati bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 600 gram, enam tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Hassan Abdul Ghani terhadap Mohd Faiz Yusof, 41, selepas pihak pembelaan gagal mengetepikan anggapan mengedar dadah, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya seberat 619.71 gram di sebuah rumah di Kampung Padang Machang, Manir kira-kira 7.30 malam, 1 September 2019.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Noradila Ab Latif mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad dan Wan Suhaili Wan Ismail.

Mahkamah pada Oktober 2022, melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) tertuduh daripada pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan terdapat kes prima facie dan membenarkan rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.