
Penang FC dalam kenyataan di laman sosial rasminya mengesahkan perkara itu.
“Ahli lembaga pengarah dan seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang, Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” menurut kenyataan tersebut.
Terdahulu, beberapa video tular di media sosial memaparkan Firos, 53, rebah ketika beraksi menentang pasukan legenda dari Kedah.
Kejohanan itu menghimpunkan barisan legenda bola sepak Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
Firos dikenali antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang dan negara pada era 1990-an.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.