
Beliau berkata, ibu pejabat gabungan itu akan berpindah ke lokasi baharu, yang sedang dikenal pasti, lapor Malaysiakini.
“Tak tutup (operasi), tapi kontrak (sewa) telah tamat. Kita sedang mengenal pasti lokasi baru untuk dijadikan ibu pejabat.
“Kita masih beroperasi, mesyuarat pun masih berlangsung, tiada isu penutupan,” katanya, menafikan laporan memetik sumber sebelum ini.
Terdahulu dilaporkan, ibu pejabat PN itu dikatakan ditutup sejak Mac, dengan sumber berkata, PN tidak lagi membayar sewa premis itu.
Apabila ditanya, Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata, perkara itu seharusnya ditanyakan kepada kepada Setiausaha Agung PN Azmin Ali memandangkan ia berkaitan isu pentadbiran.
Timbalan Pengerusi PN Hamzah Zainudin pula dilaporkan berkata, beliau ‘tidak pasti’ mengenai penutupan pejabat itu dan meminta agar pihak media menunggu penjelasan Azmin.
Ahli MPT Bersatu Wan Saiful Wan Jan turut berkata, sekiranya dakwaan itu benar, setiausaha agung harus mengambil tindakan segera untuk memastikan pejabat dibuka.
Menyifatkan dakwaan itu sesuatu yang ‘membimbangkan’, beliau berharap ia diambil serius oleh pihak pengurusan serta pentadbiran PN.