Polis siasat penceramah bebas didakwa sebar video seks

Polis siasat penceramah bebas didakwa sebar video seks

Polis menemukan beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya, serta gambar aib wanita lain dalam telefon bimbit suspek.

handcuff
Bertindak atas siasatan, polis menahan suspek dan merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek.
PETALING JAYA:
Polis sedang menyiasat kes penyebaran video seks oleh seorang penceramah bebas, susulan laporan diterima daripada seorang wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan pada 16 Jun lepas, mendakwa penceramah itu menyebarkan video seks wanita itu dan madunya, serta beberapa wanita lain.

Bertindak atas siasatan, polis menahan suspek dan merampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik suspek.

“Hasil semakan dalam telefon bimbit milik suspek, dijumpai beberapa video seks suspek dengan isteri-isterinya dan juga gambar-gambar mengaibkan beberapa wanita lain,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Iqbal berkata, lelaki itu direman empat hari hingga hari ini dan diberikan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mira Noraien Norashid di talian 011-11430765 atau tampil di balai polis berdekatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.